Tatkala aku sedang lena dibuai mimpi, datang si dia menghampiriku. Aku terkedu. Matanya merah seolah-olah baru sahaja menitiskan air mata penuh duka. Lantas, aku menyoalnya mengapa. Dengan pandangan penuh hiba, dia menjawab, ''Tentunya dia sedang ketawa keriangan bersama wanita itu,''
Mendengar kata-katanya yang tersekat-sekat, aku dapat merasakan betapa perit dan hancurnya hatinya ketika itu. Namun, itu semua suratan. Seperti bak kata pepatah melayu, manisnya pertemuan, pahitnya perpisahan. Sekali lagi, tangisan tidak berlagu itu memecah kesepian. Hanya beriramakan sendu di ruang rindu. Kasihan sungguh aku melihatnya. Namun aku insan kerdil, yang tidak berdaya merubah segalanya. Manakan lagi melawan takdir yang telah ditetapkan. Sesungguhnya aku tidak mampu.
Namun, tidak terdaya juga aku melihatnya sarat bertemankan air mata. Lantas aku memberinya sebuah harapan. Harapan sesungguhnya ada rahmat disebalik onak ini. Terus dengan pandangan penuh wajar, dia berikrar, ''Aku tumpang bahagia melihatnya senyum kegembiraan dan demi itu akan aku serahkan segalanya kepada si dia, kekasih hatiku yang senantiasa menyayangiku,'' Lalu, aku menghadiahkannya sekuntum senyuman yang tidak terbilang. Terharu, sungguh aku terharu.
Senyuman terukir manis,
pabila terimbas kembali waktu dahulu,
di saat jari-jemarimu lembut menyahut,
di kala aku menghulurkan, selamat tinggal.
- eyn aeynn